Saturday, 7 May 2011

Segi. makan malam.

   Tadi petang dalam pukul 5.30 ptg, pergi Segi dekat rumah. Bukan Segi Tiga Bermuda tau. Tapi tempat membeli brg dapur. Kat situ tak ade langsong brg mainan ataupun ape2 hanya makanan. Walaupun hanya makanan yg dijual tetapi ia besar tahu. Dekat situ tak ada langsung COKLAT CADBURY kesukaan saya. HUH, mak saya suka pergi sebab tak payah sibuk2 pergi teman adik saya di tempat permainan. dah lah dekat dgn rumah. lebih senang drpd Speedmart. Saya cari semua tempat di mana sepatutnya ada coklat tapi malang sungguh nasib saya, tak jumpa lah dgn coklat kesukaan tu. =( sedih betul.
   Owh, lupa pula nak bgtahu yg, sebelah Segi tu ada kedai cedera-hati. Saya dan adik2 pergi lah kat situ untuk cari hadiah sempana hari ibu yg akan berlangsung esok, sungguh malang tak ada apa2 brg pun yg berkenan dihati. Cedera-hati ini tahu. hehehe.
   dah tak tahu nak beli apa2,, fikirlah balik nak buat apa. Selepas berfikir yg agak lama, dpt lah idea yg mungkin tak menjadi iaitu, bagi mesej dekat kawan adik untuk menyuruh ibu nya membuat kek yg sungguh kecil saiznya. [Kecil sbb nak bajet duit]. Selepas menghantar mesej [guna FB je] ayah panggil untuk buat makan malam sempena Hari Ibu.
   Selepas turun tu, ayah suruh kemas dapur yg sudah kotor. Mana tidak kotornya, saya sibuk sekolah pg ptg, malam pula ada kerja sekolah yg melambong tidak terkira. Ibu pula sibuk yg tak terhingga. Adik yg darjah 3 malas [itu saja masalahnya *malas!* geram betul!] adik2 yg selebihnya tolong jugak :: tolong sepahkan :: pandai bukan? ahh, saya sudah mula melalut, sudah lari dari tajuk asal.
   kami semua makan malam lambat sedikit sebab buat makanan sendiri bukannya beli. Lagipun balik dari Segi sudah 7.30 ptg, sampai rumah terus solat. Pukul 8 baru mula memasak. ini bermakna kami semua makan dlm pukul 9 mlm. lambat sgt. ya, sgt lambat.! Makanan tu pula bukannya nasi goreng atau makanan yg boleh dihidangkan serta-merta tetapi kena buat something. Makan malam kami pada malam ni ialah CHICKEN CHOP. sedap bukan? sgt sedap. Chicken Chop tu dibuat oleh Chef Dzahier [ayah] Mak pula tak buat apa2 pun kerana esokkan hari ibu lagipun makanan itu untuk IBU terSAYANG.
   Oh, saya sudah mula berPeluh. tak tahu mengapa. [sgt berpeluh!]. seperti mandi. eh, sudah tertukar tajuk ya. heheh, sori2~
   Mash Potato pun ada tahu. Ayah baru belajar sbb tu ia kurang sedap, bukan tak sedap tapi keras kerana tidak dikukus [err, kukus ke]  Dah la ia dicampur dengan CHEESE! eyucks, saya sudah lah tidak suka CHEESE. oh, saya sudah mula loya!

Oleh kerana saya berpeluh dan panas yg melampau, saya rasa hendak mandi tetapi ia sudah lewat. Oh, tidak mengapa, bukan? okay2 ia tidak mengapa..
Saya nak Pergi Mandi -Inshaallah- heheh =)
Tata!
Sekian, assalam.
  

No comments:

Post a Comment