Monday 16 May 2011

Gambang Water Park! =) Sabtu-Ahad

Pagi tu saya bangun, ada Tok saya, Angah saya  dan Pakngah saya. What mean of this? semalam saya tanya, "knapa tok nak mai?" ayah saya kata "Depa (mereka) nak pi Kuantan." Di dlam hati saya, saya tertanya tanya. (?)
   Saya bangun, then saya on sekejap. Bila mak saya bangun. Mak saya suruh saya dan adik2 basuh kasut. Saya pun ikut je lah. lepaih mkn semua, mak saya suruh saya pergi bersiap, pek baju saya dan adik2 saya.  I Follow..!~ Time tu baru saya ingat yg saya nak pergi Gambang. haddooi! cam mna boleh lupa? 'Arisya.. 'Arisya.  Kfine, takpa2 kan?
   Sampai di Gambang dlm pukul 3 ptg cam tu. Kat hotel, relax2 dulu. Then, pukul 6 ptg pergi mandi kolam kat hotel. best2! buat macam2 gaya. Mermaid lah, Dugong lah. HUH, HAhAh lawak plak.

  err, nanti lah saya sambong. penat lah.
byee assalam!

Friday 13 May 2011

12 Mei Khamis. Lawatan ke Sabak Bernam!

ingatkan blog dah ditutup. HUh, sbb semalam nak buka tak boleh! terkejut. ingatkan dah pupus dah. nasib baik tidak. Kamu semua ni pasti boring, Bila buka ja blog ni pasti post yg sama. kesian3! bukannya saya tidak ada masa, cuma blog ni tak boleh buka. harap faham perasaan saya. ;)
lagipun, pekse dah nak dekat, jd kena baca buku lah. kamu semua jgn ingat saya pekse tak de kerja sekolah, adelah! School Holiday punya kerja. byk! tak larat buat. hmm,.., sudahlah meh nak ceqita sikit pasal pi Lawatan di Sabak Bernam....

Kami pergi ke Sabak Bernam sempena Bulan Teknik dan Vokasional *kemahiran hidup*  Kami pergi pada hari Khamis. Bertolak pada pukul 8.00 pagi. that mean saya tak pergi kelas lah dgn Khalisah ni.  hhihihihi, Ustazah cam tak suke je kami [ saya n Khalisah ] pergi, sbb Khalisah ni dia penolong ketua kelas dan saya ni. tak bermakna pun dikelas tu just GEDIK lah kononnya. Saya dah muak lah dgn panggilan tu. Benci3 !!! Stop lah pggl saya ni GEDIK. terlampau gedik kah saya ni? kalau gedik sgtt, tulis di wall FB saya ye. dua2 pun boleh! saya tak kisah tpi marah! - -"
Cikgu kata kami akan sampai ke sekolah dlm pukul 5 ptg, tpi tngok2 pukul 7 ptg baru sampai. hmm,,. sema budak ptg semua dah blik. kiranya kami blik lambat sgt lah. tak ape lah! sehari ja pergi sana tu.
dah..dah..meh kita dengo ceqitanye..!

   Saya sampai skolah pukul 7.30 lebih, pg lah!  saya masok ja dah nampak muka Khalisah tu. hihihih, dia tgg saya. Rupa2 nya ada maksud tersirat iaitu dia suruh saya tolong bayarkan duit untuk ke Lawatan sekaligus memberi borg. hmm,, saya pun kena hantar. hihih :) tggu punya tgg cikgu nak dtg, akhirnya cikgu dtg jugak dlm pukul 8. pg cam tu lah. lepas cikgu edarkan makanan pg untuk makan, kami pun makan. kul 8 lebi pg kami pun naik bas. Budak2 yg pergi bukannya untuk semua yg berminat tpi ni untuk budak 1 Amanah, 2 Amanah *sape yg berminat je kot* lepas tu, tngok ada lagi 2 tempat kosong, mak saya pn bgtau lah kat saya. Ajak kwn skali sorg je. last2 pergi jugak xD yeah!! lepas naik kat bas, kami pulun cari tempat duduk yg tngah2, jiran kami bukan laki2 dan yg pentingnya saya duduk di sebelah tingkap! tpi malangnya permintaan yg dihati kami tu tak tercapai.. hukhukhuk sedih gila lah! kami duduk second last, sebelah budak laki.! saya memang dah duduk tpi tingkap. ;) nasib. Kami bersiap kan brg untuk mengambil brg supaya kami tak boring, kami keluarkan buku lah dan mcm2 lagi!

   ehem..ehem.. dah boring ke? hihihh, sorry lah! byk ceqita ni. teruskan kayy.
   Khalisah letak brg2 kami kat atas. lepas 2 minit cam tu dia pun duduk. dia tanya saya brapa jam nak sampai? sya kata 2 jam cam tu lah.. dia terkejut.. dia kata boring kot nanti! hmm..same lah. boring .! - -"
kami kat dlm bas buat something lahhh

  1. dengar lagu.
  2. gelak2 xD cam org  gila
  3. baca buku
  4. sat berdiri
  5. TIDOR 
hahahah, dah baca? kami buat something ygg.. cam tak de makna hihih. ;]
Sat tidoq sat dengar lagu yg diulang byk2 kali. dah lah bateri henpon semalam tak cas, so tngah "ong!" lah tu. yg Khalisah tu pun satu, org kata stop dia tak mo dengar. ish2 budak nih sekeh pala sat lagi~ mampoih kot!.
tak de lah gurau jee. Dok dlm bas tu lama punyaaa lama akhirnya SAMPAI! whooooaaa :) kami sampai di kilang membuat PAU :')  sedap weh.! kami makan sorg dua pastu curi lagi untuk mkn kat dlm bas pastu bli 2 bungkus *saya sorg jee* yg kena kukus sendiri. lepas tngok dia buat PAU, kami mkn. Lepas tu naik bas.
   Dalam 10 minit cam tu, kami pun sampai lah di sebuah masjid. Di situ kami berhenti mkn dan solat zuhur. kami mkn nasi hujan panas + ayam masak merah. perghhh! meletop Sedap!
lepas dah solat kami pergi ke kilang kerepek plak. Nak sampai di situ dlm 5Km jee. hemmm., ye kot hihih musykil2..~.
   Sampai je kat Kilang kerepek, kami semua beli kerepek2 di Kedai nyaa. Lepaih dah bli, kami pun masok lah ke kilang nya. best plak tngok makcik2 yg tngah buat kerepek pisang ape ntah.  lepas dah tngok semua yg makcik2 tu buat pergi lah rase kerepek2 yg disediakan untuk kami rasa. hemmm.., ternyata sedap! fuh2  !! then, kami pun naik bas.
   Sampai plak kat Kilang Nata De' Coco. Kami dpt rasa nata de' coco nya yg sedap tu! fulamak! free2 jaa. lepaih semua dah kekenyangan mkn nata de' coco tu, kami semua pun pergi ke kilang nyee. tengok lahh kilang nye yg..., tak besar kecik jaa. tak susah sgt, senang sikit jaa. lupekan ape yg saya merepek, okay.
   Then pergi beli nata de' coco. sesiapa yg tak nak bli naik bas. saya bli 3 bungkus. byk bukan? of course! mata nata de' coco. hihihihihi.
   The last place is kilang bahulu, but first kami pergi makan kuih bangkit pandan and kuah kcg. kuih bangkitnya SEDAP sgt!! Kuah kcg nyaa PEDAS sgtt! ada beza kan? a'ah beza nya byk sgtt! okay cukop ARISYA! xD sudah2 lah merepek, kesian pembaca. sorry ye pembaca sekalian. =)
   Pergi lah kilang bahulu lepaih mkn kuih bangkit pandan n kuah kcg. sampai kat kilang bahulu, kami semua pulon mkn kuih bahulu yg baru lepas mask atau baru dikeluarkan dari.. oven kot. haddoii!
makan punya makan yg tak berhenti tu sampai naik buncit ni kami pun di benarkan ke kedaik jual kuih bahulu ni. beli2 naik bas, then bye2 akak yg tolong tunjukkan kami macam2 tadi tu pastu bas pun bergerak....
   kami bertolak dari kilang bahulu tu dlm pukul 5 ptg that mean kami sampai sekolah dlm pukul 7 ptg. OTW tu, cg berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan solat asar yg belum ditunaikan...,

   kat dlm bas, Khalisah tu asyik gelak jee. Ya Allah, dah macam org gila yg sedang tunjukkan aksi luar biasanya. ish3! terok bukan? hey Khalisah, bawa mengucaplah. hihihih. Sampai pelajar yg dudok tepi belakang depan mahupun yg jauh di pelusuk dunia pun pandang. malu2.. :3
Saya cabar dia kalo dia bolh senyap selama 5 minit, saya akan bg dia coklat kesukaan dia iaitu Rocky. hemm, tak samapi 1 minit dah gelak. memang lah, Buang Tabiat betol! Nak tahu dia gelak dari bertolak sampai sampai sekolah, tahu!? tak de lah 2 jam tapi 1 jam setengah. boleh masuk World Of Record, kan  Khalisah kan? muehihihhi.

Weyh, dah ter- panjang lah. okay okay, Arisya berhenti sampai di sini dulu lah..
Bye,
Assalamualaikum. =)
 

Wednesday 11 May 2011

Rabu 11 Mei THE BEST DAY!! *gak*

assalamualaikum, hello.

hari ni kami semua [geng saya lah] buat Folio. balik pukul 5 ptg. errmm, kami tak buat ape2 pun. Just tangkap gambar. sampai dah naik B O S A N. maaf, saye ulang b-o-s-a-n. hehehe. ;] kami memang begitu. shooting je tahu.

kisah yg memilukun... baru tahu tdi.. geram3   :'(


::kamera Nikon hilang!
marah + sedih :: menyesal beli! hee! tak de lah.
Ya Allah, kau pulangkan lah kamera kami itu..
amin.!

K bye. assalam.  kamu semua pun doakanlah ye. kesian mak dan ayah saya. tak kesian ke?
saya harap kamu semua berdoa. :)

err.., nak kena tido ni, esok nak pergi Sabak Bernam....
Bye, then Bye. repeat!
B Y E, B-Y-E ;]
love you all my gang! , Khalisah, Maira, Nani and Iman. muaahh!
bluerkkss! =P (!)

Tiba2 je suka Girls' Generation!

Knapa ya? Tiba2 ja suka band SWEEt Korean tu. eh, betul ke ayat saya tu? whatever lah. Waktu tngah buat Folio yg cam tak buat apa2 je, kwn yg Khalisah tu belek2 fon saya, then di pasang lagu Oh! dan Gee dri band SWEEt Korean tu [Girls' Generation lah] awww, sweet ter- gila lah! suka3, .. suka sgtt. What? ada yg rasa nak termuntah dah? Sila muntah dgn sopan-santun. Terima Kasih. kamu semua pasti tengah terbayang muka saya yg tak seberapa comel dan cute tu kan lagi GEBU? hahah, relax.. saya tahu saya tak comel atau secantik kamu semua. hehe. eh, dah terlari tajuk. err,, hah! balik rumah tu asyik dengar lagu Band Sweet tu. Terkejut jugalah sbb ada lagu yg Sweet d'dengar tu di fon saya tu.
K bye.. ada kerja kolah yg perlu d'siapkan. byee!
assalam,
 

Tuesday 10 May 2011

Selasa 10 Mei

seperti biasa SEKOLAH. tak dak benda yg best pun nak diceritakan semasa disekolah.
So, skip kepada selepas balik skolah.

   Waktu blik tu rasa lapar gila lah, so pergi lah mkn di KD. err, ayah nak pergi Bank. Mkan kat Cantina ala-ala MEKNA *ayah saya ckp. Sedap juga lah mknn di situ. Saya order, CHICKEN BOBBIT ROLL. lerbih kurang eja cam tu lah. kalau nak rasa, pergilah di KD, harga di..? mahal lah jugak.
lepas mkn, blik ke rumah, siap2 mandi pa semua pergi amik adik di nursery.
and then decide nak mkn KFC. kat KFC adik saya buat MEMBER KAD. Kfine.
blik, sidai baju, then baca buku pukul 11 baru terhegeh-hegeh nak buat kerja skolah. then on kejap *sekarang lah ni.
Then bye, dah pukul 11.50 mlm dah. takut kena marah.
OFF je lah -__- bye.. assalam
 

Monday 9 May 2011

Isnin 9 Mei :\

hari ini, ada masa yg saya suka dan ada yg tak suka. Perkara pertama yg saya tak suka ialah, saya tak bawa buku Nota SC dan buku KKQ yg perlu dihantar hari ni juga. Kalau tidak hantar hari ni juga, markah pepriksaan akan dipotong sebanyak 2Markah. Memang lah bg kamu semua sedikit tetapi bg saya ia BANYAK..BANYAK sgt2. !! tak kan kamu semua tak tahu yg soalan bg KKQ [kelas kemahiran al-Quran] itu susah? ish3, kesian pula kamu semua dan saya. Ustazah TUT pula selalu memeras ugut kami semua. HUH, benci betul! bukan kpd ustazah itu tetapi kpd caranya yg suka sgt memeras ugut org.
   hemmm.., seperti biasa, perhimpunan dijalankan dgn boring nya. tetepi kali ni tidaklah terlalu boring kerana masa yg ditunggu-tunggu kami bertiga iaitu Saya, Maira dan Amira telah tiba. Kami mendapat no.2 untuk pertandingan memasak tu. Wah, alangkah terkejutnya saya. >.< kembang tahu hidung saya Tambah2 saya naik ke atas pentas untuk mengambil  hamper selaku ketua lah konon!. heheh, malu juga lah sbb tudung saya pada waktu itu agak SAKAI! malu2!~.
   waktu rehat pertama, saya tiba2 jadi BADMOOD yg macm nak cari gad0h ngan org. Tak tahu kenapa.. hehe, pelik bukan? Kenapa disini [KL] saya belum dpt berjumpa dgn kawan yg boleh memahami saya dg begitu mendalam. Saya bukan hendak kata yg kamu semua ni tak baik cuma kurang memahami saya kecuali lah kpd rakan2 saya yg disekolah rendah dahulu. heheh ;] SAYA JUJUR okey.! cool~~
   Habis sekolah, saya and The Gang [ Khalisah, Nani, Maira and Iman] ada jugalah yg bukan dari kumpulan kami. Kami semua nak buat Folio. Rajin kan kami? huhuhuh, perasan sudah. Sebelum buat folio kami semua berPesta dulu, dgn makan makanan Snek yg dpt hamper tu. Folio kami bertajuk Pemakanan Sihat tetapi kami makan makanan yg kurang sihat ketika itu. teruk bukan? Kami selesai makan dlm pukul 3 ptg. Selepas mkn kami semua buat folio. Pada pukul  4 ptg, kami semua buat shooting. sampai pukul 4.30 ptg and then, balik dgn rasa riang Gembira xD The Best Date Ever!! okey! ;)


cerita lain pulaa... ;]
   

Selepas balik dari sekolah, saya makan di hadapan komputer dan di dlm bilik sendiri. huhu, terok gila lah waktu tu. >.<  Selepas tu, pergi ambil mami dan pergi makan. 
   Waktu makan tu, mami, kaklang dan abgimin pergi cek gigi. Saya, adik dan ayah makan di restoran berdekatan dgn kedai cek gigi tu. Selesai mkn, kami semua pun balik. Sebelum sampai di rumah tiba2 abgimin kata "baba amik tak keta [lightning mcgueen tu] abgimin?" Saya sekeluarga terkejut! semua org pulun mencari di dlm kereta. Apabila tak jumpa, ayah saya mula rasa marah. Dgn segera ayah saya membawa kereta ke restoran tadi. Apabila tanya, org tu kata, tadi ada budak kecik amik. HAH?!! sudah!.. ayah saya, mak saya termasuk saya naik berang!! sapa yg tak marah kalau kereta mainan yg mahal berharga dlm RM30 hilang.(?) hilang.!  Mak saya dan ayah saya, bagi CERAMAH kat adik saya. HAHA, Kfine tak lawak! jgn gelak. BlaBla dengar ceramah. Sampai jugalah kerumah. Dan sekarang ni sdg buat kerja skolah yg melambung tak terhingga! huh, tak larat sudah. Dahlah MT soalan yg agak susah! - -"
   Dah lah Bye, Bye, Kbye, grr..Bye. yayya Bye!! 
dah stop it! BYE, assalam >.<  heheh

Saturday 7 May 2011

Roti Jala ku..~

   Bangun dari tidur saya terus pergi dapur untuk buat Roti Jala. Masa buat tu, cari lah Kunyit. Mak kata di dlm bekas, adik saya pun mengambil nya. Selesai buat sekeping saya pun rasa, rasanya PEDAS lah juga. Saya rasa,  disebabkn kunyit tu, saya pun tanya kepada mak saya
   "Ini Kunyit ke?" Mak saya kata bukan. hah, 0,0 TIDAK!! Saya tanya mak saya, habis tu ni apa? Mak saya kata Perencah Kari. arhh, sudah!
   sejak dari itu, mak saya panggil saya ARISYA KARI. Saya tak suka dengan panggilan, ia sungguh memalukan. Mak saya bgtau jugak kat Angah saya. HUH, malu!!  Mak saya kata, nanti nak pergi Gambang [hari Sabtu minggu depan] wee, syioknya! tetapi malanngnya, saya disuruh untuk buat roti jala disana, hemm, taknak2 =P hehehe. eh, sudah melaut!
   Oleh kerana rasanya PEDAS, saya pun mencari KUNYIT. nasib baik jumpa. kalau tidak diletak KUNYIT, wrna Roti Jala itu tidak akan warna KUNING.  Ini bermakna, roti jala yg tidak diletakkan kunyit bukan berwarna kuning tetapi, PUTIH. muuahaaha, lawak lah jugak! -,-"
   Selepas letak kunyit, baru lah ia berwarna kuning. Sedap tahu! mau rasa, mai rumah saya, kay. hehehe.  Saya buat Roti Jala, Mak saya pula buat Kuih Sagon. Sedap sgtt.!
   Sekian dahulu, Tata! assalamualaikum, jwb jgn tak jwb ;)